***Setelah banyak halangan (Read: Alasan) untuk buat next entry pasal trip ni, bertabahlah berusaha lebih keras sebelum sel sel dalam otak berhenti berhubung. Pernah juga sedang ada mood menulis, tiba tiba black out. Ko ghase? Ok jom baca entry yang 2 minggu dah kepam dalam draft***
Dah hampir 2 bulan kitorang balik dari bercuti. Masih mencuba mentabahkan diri untuk membuat entry. Salahkan kawan kawan yang pergi bercuti tu. Moral down tengok gambar gambar diorang. Boleh pakai tak alasan tu? Ok jom sambung dari entry awal kami sampai.
Sampai je kat Outer Harbour Ferry Terminal di Macau kitorang disapa dengan angin sepoi sepoi bahasa. Hanya ada 2 kaunter imigresen disediakan untuk foreigners dan yang lain untuk warganegara Macau & HK. Keluar je dari imigresen diorang, jangan terkejut orang duk
Perjalanan kami di Macau memang guna taxi je sebab nak kejar masa. Dari terminal ferry ke hotel kami HKD33 termasuk extra HKD5 kalau kita ada barang nak letak dalam bonet teksi. Oh ya lupa nak kabo, kita tak perlu pun tukar currency Macau which is Macanese Pataca (MOP) They accept your HKD too. Kiranya 1 MOP = 1 HKD. Kalaula you all bayar in HKD tapi dapat balance in MOP, make sure you use all your MOP notes before masuk HK balik. HK tak terima duit MOP ye. So plan la sikit cara spend duit korang kat sana.
Sampai je hotel, pleasant lobby & super efficient staff upon check in. Kami decide nak segarkan diri dulu memandangkan kali terakhir mandi adalah jam 3am tadi. Gedebak gedebuk dah sejam lebih jugak jadinya. Lebih kurang jam 8 macam tu baru bergerak cargas ke destinasi pertama.
The Venetian. Ia merupakan sebuah hotel mewah yang mempunyai pelbagai jenis entertainment termasuklah kasino. Yes. Kat sini Muslims are allowed to enter the casino. Dari area hotel ke sini dalam 8km. Naik teksi kena charge HKD49.50 sampai terus ke muka pintu. Haha. Masa ni nampak orang beratur agak panjang untuk gunakan shuttle bus ke destinasi lain. Well actually memang kebanyakan kasino kat sini ada sediakan shuttle bus for free tapi kena beratur dan time consuming sikit lah.
Masuk je terus rasa jakun. Dan of course lah yang berhijab itu tersangatlah kurang. Even ada juga ramai kenalan pelik kenapa kami nak ke Macau kalau dah tau takleh berjudi. Bak kata pepatah omputih, "Its better to see something once, than to hear about it a thousand times". Gituhhh! So kami terus ke concierge untuk bertanyakan lokasi food court sebab ada baca blogger kata ada halal nasi beriyani kat sini.
Tadaaa~~!! Dah jumpa. Actually ada satu lagi kedai kat sini nama Rasa Singapura. Tak sure halal ke tak. Oleh kerana dah lapar, harus lah mintak nasi kan? Istilah alas perut tu
This it is. My RM40+ nasi beriyani. Makan dengan some sort macam yogurt. Erghhhh. Terus teringat nasi beriyani kat Kapitan, Penang tu. Ada macam macam menu dan ada few choices of drinks too.
Ni rupa food court dia. Berbumbungkan awan biru gitu. Orang memang ramai tapi still boleh dapat seats. Dont worry
Lepas makan terus strolling dalam kawasan dia. Banyak juga kedai kat sini. Motif sangat posing belakang Pandora kan. Dengan harapan ada orang belikan gold bracelet dorang. Baru nampak macam jemah joyah. By the way, Tony Moly also spotted here. Too bad my favourite hand cream takdok kat sini. Nangis!
Selain daripada nak melihat rupa sebenar kasino dengan mata kepala sendiri, kami ni berhajatlah nak naik gondola ni. Feeling feeling kat Venice. Harga per pax HKD118. Masa ni dah jam 9+, bila sampai kat kaunter ticket dia cakap diorang dah tak terima lagi customer since dorang tutup jam 10pm. So enjoy je la tengok orang yang berkesempatan. Nanti pendayung ni saja duk goyang goyang kan gondola tu. Ala ala thrill sikit la. Dia tak tau kalau buat kat tuan tanah mau dia kena hempuk dengan pendayung tu balik.
Pardon for my selfie. Sedang asyik yang dua orang tu masuk kedai kedai sukan untuk cari kasut, Terjumpalah tuan tanah dengan kedai ni. Fuhhhh! Sakan tuan tanah duk belek semua benda dalam ni.
They sell last season jersey with 40% discount so lepas discount jadi lebih kurang RM80-RM100. Mau tak sasau tengok ni. Duk la sms abang tercinta kot la dia nak kan. Tak direply nya pulak. Too bad la kan bila adik kesayangan dia nak belanja jersey. Yang current season punya jersey pun baru cheaper than kat Malaysia. Belom tengok yang untuk toddlers. Sasau sasau. Nasib masih boleh bawak bertenang.
Restoran ini sebenarnya tiada dalam planning sebenarnya. Tapi oleh kerana ternampakkan ice cream dia yang rare dari kat Malaysia, terus rasa nak cuba tu jadi extra aggressive. While makan benda ni la semua duk belek handphone since ada wifi.
Masa ni la tuan tanah dikejutkan dengan whatsapp dari one of my close colleague kat office. Dia message cakap mak dia dah meninggal dunia. I was so shocked, speechless dan rasa nak menjerit. Sebelum pergi, one of my bff admitted kat hospital sebab demam tak kebah. Ni mak kawan pulak meninggal. Gua jauh bai. Kalau dekat, sepantas kilat dah sampai. Terus call the other colleague to ask. Arwah mak kawan ni sihat walafiat. Even siang tu pergi kenduri kahwin lagi. Dalam jam 7pm siap adik kawan ni rekod video mak ni main dengan cucu. All of sudden dia kata dia penat, sesak nafas & terus tak sedarkan diri. Bila bawa ke hospital, doktor sahkan dah meninggal dunia. In a positive way, hasrat mak nya tercapai. Arwah selalu doa kalau dia nak meninggal pun janganlah susahkan suami & anak anak. See, sekelip mata. Masa ni tuan tanah rasa bertuah sangat Allah bagi kami sekeluarga peluang jaga arwah Abah waktu sakit. Ada juga kenangan & pahala untuk kami. Al-Fatihah untuk allahyarhamah Norliza binti Hj Abd Latif. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman serta Allah jauhkanlah beliau dari seksaan kubur & azab api neraka. Aamin.
Dari The Venetian, kami plan nak ke Hard Rock. Jadi layanlah ambil gambar sikit kat kawasan luar Venetian ni.
Rupa dari luar. Ramai orang. Susah rasanya nak ambil gambar tanpa ada objek lain yang photobomb.
On the way nak ke Hard Rock tu ada satu lagi kasino yang famous dengan The House of Dancing Water. City of Dreams namanya. Too bad jugak sebab dancing water tu tutup jam 9. So sekadar jalan jalan sekitar situ je lah.
Semua pun pink kat lorong ni. Carpet dia pun lembut je. Kitorang memang dah siap duduk duduk tinggal belum golek golek je. Dah la memang dah penat badan kan.
Dari City of Dreams, kitorang jalan ke belakang dia pulak ke Hard Rock Hotel. Ada kiriman kakak ipar Mimi untuk belikan baju hard rock katanya.
Malangnya dah tutup. HAHAHA memang plan malam ni tak berapa menjadi. Memang ukur jalan je.
Tak sangka pulak rock shop dia tutup jam 11pm.
Kebetulan masa keluar dari Hard Rock hotel ni ada satu teksi turunkan penumpang. Terus bellboy tu tahankan untuk kami. Dia yang tolong cakapkan kat teksi driver lokasi hotel kitorang. Tiba tiba bellboy tu tanya "muslim malaysia? i am muslim too" memang chinese muslim. terus dia bagi salam sebelum tutupkan pintu.
Right after kitorang keluar dari entrance ni tetiba ada kejadian yang mengkagumkan. Nampak ada 2 teksi berhenti tengah jalan. Dan ada sorang lelaki dan seorang perempuan umur 40an tengah berlari lari anak mengejar objek berterbangan. Masa ni angin memang agak kuat sebab nak hujan.
Kami dalam teksi terpinga pinga. Tambah terpinga bila driver kitorang pun turun dan mengejar. Rupanya DUIT wei! Memang tergamam la tengok orang duk kejar duit yang berterbangan. Sebijik macam dalam filem cina biasa tengok dulu dulu tu. Terus terbayang orang yang buang duit tu mesti naik kereta takde roof, pakai kot warna kelabu pastu duit dalam beg balik kampung brand LV pastu sambil drive, tangan satu lagi tabur duit macam nenek nenek kita tabur makanan untuk ayam kat kampung. Ha imaginasi liar sangat kan? Tak sempat pulak nak amik gambar. Lepas dah puas hati, teksi driver kitorang masuk kereta cakap "money money" Terus muka ada sinyum. Tadi masam je.
Sampai je hotel kami, meter teksi tu tunjuk harga HKD52. Masa nak bayar tu terus driver tu cakap "no need. Free free. U give me luck" terus apa lagi serentak duk ulang cakap thank you dan segala jenis bahasa keluar untuk cakap terima kasih tu. Pengalaman takleh nak lupa tengok adegan kejar duit.
Sampai hotel konon konon nak rehat, sekali datang idea gila nak jalan jalan area hotel. Agak suram juga. Mungkin sebab pengcahayaan kat situ guna lampu samar samar. Bangunan pun ala ala lama. Risau jugak kat hati. Tapi Alhamdulillah ok.
Source: FarahZulkifly
Jalan jalan sekitar hotel terjumpa restoran ni. Masa sebelum pergi dah jumpa gak dalam google. Tapi takda sapa boleh bagi exact location dia. So bila dah terjumpa, apa lagi? Terjah terus lah.
Steamed chicken dumpling
Chicken hand pulled fried noodles? Home made tau. Mee akan dibuat upon order sahaja. Meman dan dan tu dia tarik.
Macam mee sup. Tapi guna mee tarik juga dan ditambah hirisan daging kambing.
Sedap sedap menu dia. Sungguh rasa kena dengan tekak. Padahal dah makan nasi beriyani kan? Tetap lupa diri. Sampai order 3 menu. Masak dah sedap. Tapi masalah kat sini communication. Ni memang style cakap sepatah sepatah. Nak order pun tunjuk nombor tepi menu je. Nak mintak wifi password ke atau nak suruh cakap total berapa harga pun dia tekan kalkulator. Tapi worth it sungguh. Total kami makan malam tu HKD195. Jangan convert. hehehe.
Google punya google, jumpa dah nama restoran tu. Lou Lang Restaurant. Ada jumpa website dia. Tapi in chinese. Nak cakap lokasi pun payah. Ni tuan tanah share map dari hotel ke restoran ni tau. Hopefully boleh membantu
Memang tak kreatif. Tapi harap harap dapat membantu korang tau. Restoran ni agak tersorok. Dan pasif je pekerja dia. Paling best dia cakap buka jam 10 pagi dan tutup jam 3 pagi. Untuk tuan tanah & Mimi yang dah biasa supper ni memang syok habis lah.
Oklah. Kita sambung Macau day 2 nanti nanti ye. Selamat bercuti esok!!